<body> Rome, Anybody? <body>
Friday 11 May 2012

Sosial

Bahasa dan Kesusasteraan 


     Bidang kesusasteraan Yunani telah melahirkan ramai penulis sastera seperti Homer seorang penulis buta yang telah menghasilkan epik terkenal, iaitu lliad dan Odyssey. Iliad dan Odyssey merupakan kisah peperangan antara Achaea dengan Troy pada tahun 1184 S.M..

     Seorang penyair terkenal, iaitu Hesiod telah mengarang dua buah buku puisi, iaitu Thelogy dan Works and Day. Herodotus dianggap sebagai Bapa Sejarah kerana beliau merupakan penulis pertama yang menulis berdasarkan fakta yang tepat dan kronologi tentang peperangan Parsi. Sumbangan Thucydides yang penting ialah penulisan tentang sejarah Perang Peloponnesian yang merupakan perang antara Yunani dengan Parsi dan dianggap sebagai sebuah karya klasik.

Huruf Yunani

Huruf Yunani atau Huruf Greek adalah huruf yang telah digunakan untuk menulis bahasa Greek sejak sekeliling abad ke-9 SM. Ia adalah huruf pertama dalam makna sempit, yakni, sebuah sistem tulisan mengunakan simbol terasing untuk setiap vokal dan konsonan dengan sama. Ia adalah skrip berhuruf dalam kegunaan kini. Huruf adalah juga digunakan untuk persembahkan nombor-angka Greek- dalam jenis sama konteks sebagai angka Roman. Selain menulis Greek moden, kini hurufnya digunakan sebagai simbol dalam matematik dan sainsnama zarah dalam fizik, sebagai nama bintang, dalam nama abang dan kakak, dalam namaan superangka siklon tropikal, dan untuk lain-lain tujuan. Huruf Yunani berasal sebagai pengubahsuaian dari huruf Phoenicia dan dalam giliran memberi kebangkitan kepada GothikGlagolitikCyrillicCoptik, dan kemungkinan huruf Armenia, baik juga seperti huruf Latin, seperti didokumentasikan dalam Sejarah huruf. Huruf Yunani adalah tidak berhubungan dengan Linear B dan ejaan sukuan Cypriot, sistem tulisan lebih terawal untuk Greek.

I reached Rome @ 10:03


Sosial 

Sistem Sosial 


     Organisasi sosial masyarakat Yunani di Athens dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama berdasarkan kepada penglibatan dalam sektor ekonomi dan politik, iaitu:

(a) Golongan warganegara- merupakan penduduk asal dan menetap di Athens.

(b) Golongan bukan warganegara- merupakan penduduk yang terdapat di kawasan luar Athens atau jajahan takluk Athens (dikenali sebagai metics). 

(c) Golongan hamba- golongan yang ditawan semasa peperangan dan dijadikan hamba.


     Golongan warganegara dibenarkan terlibat dalam politik negara kota dan boleh menggangotai Dewan Perhimpunan, Majlis, dan Majistret dan Juri. Manakala golongan kedua dan ketiga tidak mempunyai hak seperti golongan pertama. 


Manakala organisasi sosial di Sparta pula dapat dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, iaitu:

(a) Warganegara Sparta tulen

(b) Artisan, pekerja, dan pedagang

(c) Helot- merupakan golongan majoriti yang mengusahakan tanah. 


    Helot memainkan peranan penting dalam bidang ekonomi terutama aktiviti pertanian bagi membekalkan makanan kepada penduduk. Bilangan mereka adalah ramai dan selalunya menjadi ancaman kepada kelas pemerintah. Ini juga menjadi salah satu faktor utama sistem ketenteraan diamalkan di Sparta. Golongan Helot kebanyakannya terdiri daripada golongan tawanan perang dan mereka tidak diberikan taraf kewarganegaraan.





I reached Rome @ 10:03


Sosial Sains dan Teknologi


     Tamadun Yunani telah melahirkan tokoh-tokoh terkenal dalam bidang sains dan matematik hasil daripada perkembangan dan pengetahuan sains dan matematik dalam tamadun awal dunia seperti Mesopotamia dan Mesir. Seorang tokoh matematik yang telah memberi sumbangan besar dalam bidang matematik ialah Pythagoras (580 S.M. - 500 S.M.). Beliau mempelajari ilmu matematik di Mesir dan Mesopotamia. Beliau digelar Pythagorean. Slah satu sumbangan beliau dalam bidang matematik ialah Teorem Pythagoras.


     Selain itu, seorang lagi tokoh matematik Yunani yang terkenal dalam bidang geogmetri ialah Thales. Beliau mengembangkan ilmu geometri Mesir. Archimedes merupakan seorang tokoh matematik agaung dalam tamadun Yunani yang telah mengemukakan teori isi padu air dan graviti. Manakala Ptolemy pakar bidang astronomi telah mengemukakan pendapat bahawa matahari, bulan, dan planet lain mengelilingi bumi dalam satu putaran selama 24 jam.


Pythagoras

     Hippocrates (460 S.M. - 377 S.M.) merupakan Bapa Perubatan. Beliau telah menghasilkan lebih 70 buah buku yang terkenal sebagai Koleksi Hippocrates. Koleksi buku tersebut merangkumi bidang perubatan seperti anatomi, peramatan am, perbidanan, penyakit kanak-kanak, prognosis, pantang larang, dadah, ilmu bedah, dan etika kedoktoran. Jasanya dikenang kerana hubungannya dalam profesion perubatan moden yang dikenali sebagai Sumpah Hippocrates (Hippocrates Oath).

Hippocrates


I reached Rome @ 09:59


Sosial

Seni Bina


     Kemajuan seni bina amat mengagumkan dalam tamadun Yunani seperti pembinaan acropolis dan parthenon. Acropolis merupakan ibu negeri yang menjadi pusat pentadbiran bagi Athens. Di dalam acropolis terdapat kuil atau rumah berhala, teater, dan parthenon


     Parthenon merupakan rumah berhala yang dibina untuk Dewi Athena di samping memperingati kerjayaan Yunani membebaskan diri daripada penguasaan kuasa Parsi. Ia dibina pada zaman pemerintahan Pericles, iaitu pada tahun 421 - 409 S.M.. Parthenon dibina menggunakan corak seni bina Doric. Antara pengukir yang terkenal dalam tamadun Yunani ialah Callicrates, Ictinus, dan Phidias. Keunikan Parthenon ialah seni ukirnya yang sangat menarik dengan jajaran tiang yang besar, bumbung bersegi empat, mempunyai 46 batang tiang, dan ukiran patung Dewi Athena yang diperbuat daripada gangsa. 



I reached Rome @ 09:54

Sunday 8 April 2012


Sosial 

Falsafah


     Ramai ahli falsafah muncul dalam tamadun Yunani. Ahli falsafah merupakan golongan cerdik pandai yang menggunakan akal fikiran dan berfikiran secara rasional dalam mencari jawapan kepada persoalan-persoalan yang timbul dalam kehidupan. Sikap ingin tahu, berfikiran secara logik, dan sering menyoal telah melahirkan pemikiran yang kritis dalam menangani masalah yang timbul dalam kehidupan. Antara ahli falsafah yang muncul dalam tamadun Yunani ialah Socrates, Plato, Aristotle, Herodotus, dan lain-lain. Socrates (470 S.M. - 399 S.M.) ialah Bapa Falsafah Barat dan pakar dalam perbincangan melalui kaedah soal-jawab bagi mencari jawapan dan kebenaran. Pendekatan yang dipelopori oleh Socrates dianggap oleh pemerintah Athens sebagai cuba meracuni pemikiran rakyat terutama apabila mempertikaikan kewujudan dewa-dewi yang menjadi kepercayaan masyarakat Yunani. Atas dasar ini, beliau telah ditangkap dan dihukum bunuh dengan meminum racun.


    Plato (427 S.M. -347 S.M.) merupakan anak murid kepada Socrates telah menyarankan bahawa pemerintah terbaik hendaklah dari kalangan ahli falsafah kerana mereka merupakan manusia yang bijak, mempunyai peribadi mulia, dan lebih mengutamakan kepentingan masyarakat daripada kepentingan diri sendiri. Menurut Plato, penekanan kepada perkembangan ilmu pengetahuan merupakan asas kepada pembentukan warganegara yang baik dan dapat menyumbang kepada kemajuan sesebuah kerajaan. Tugas pemerintah bukan hanya mentadbir, tetapi juga perlu mendidik warganegara menjadi insan yang berbudi bahasa serta mempunyai akhlak yang mulia. Kegigihan Plato dalam mengembangkan ilmu falsafah menyebabkan beliau telah menubuhkan sebuah sekolah, iaitu Academy bagi menggalakkan perkembangan ilmu falsafah dan saintifik. Segala ajaran Scorates telah dikumpulkan dan dibukukan oleh Plato bertajuk Republic yang menjelaskan struktur kerajaan yang paling ideal untuk rakyat.


     Seorang lagi ahli falsafah yang terkenal ilah Aristotle (384 S.M. - 322 S.M.). Beliau ialah murid kepada Plato dan mendalami bidang sains dan falsafah. Pemikiran Aristotle berpaksikan kepada kebenaran dan menggunakan akal fikiran yang logik dalam menghadapi persoalan dalam kehidupan. Pemikiran Aristotle telah menyimpan daripada pemikiran sebelum ini yang berteraskan kepada dogma-dogma keagamaan atau teologi dalam mencari kebenaran. Beliau dikatakan orang pertama yang memperkenalkan kaedah pemikiran yang saintifik dalam mencari kebenaran dan dikenali sebagai Bapa Logik. Karya agung beliau ialah Polotics dan Ethics menyarankan supaya manusia menjalani kehidupan bermasyarakat dengan memiliki etika yang baik agar masyarakat dapat hidup dalam keadaan harmonis dan sejahtera. Selain daripada bidang falsafah, Aristotle juga merupakan seorang yang mahir dalam bidang sains tabii, etika, politik, fizik, geologi, dan astronomi. Beliau telah mendirikan sebuah akademi sains yang terkenal di Athens, iaitu Lyceum. Herodotus, seorang ahli falsafah dan sejarawan terkenal menghasilkan karya, History of Persian Wars. Beliau digelar Bapa Sejarah dan Pengasas Sejarah Saintifik yang menggunakan kaedah penyelidikan dalam penulisan sejarah.

Plato


Socrates

Aristotle

Herodotus


I reached Rome @ 05:39


Sosial

Pendidikan 


     Pendidikan dalam tamadun Yunani khususnya di Athens bertujuan untuk melahirkan warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada kemajuan dan pembangunan negara. Matlamat pendidikannya ialah mewujudkan manusia yang seimbang pencapaianya dalam rohani dan jasmani. Bagi memenuhi matlamat tersebut, pendidikan muzik, jasmani, kesusasteraan, seni berpidato membaca, menulis, dan menghafal yang berilmu dan boleh mengambil bahagian yang aktif dalam pemerintahan negara. Pengenalan kepada perkembangan yang seimbang dari segi pendidikan akan melahirkan masyarakat yang mempertahankan negara daripada ancaman musuh.


    Bagi merealisasikan matlamat pendidikan, banyak sekolah-sekolah falsafah ditubuhkan di Athens, Thebes, dan Corinth. Athens menjadi pusat perkembangan intelektual di Yunani. Sekolah-sekolah yang ditubuhkan berjaya melahirkan ramai sejarawan seperti Thucydides dan Herodotus serta pemikir sains dan matematik seperti Thales, Anaximander, Heraclitus, dan Anaxagoras. Pendidikan di Sparta menekankan kepada pembentukan warganegara yang dapat mempertahankan negara daripada serangan pihak musuh. Matlamat pendidikan ini sesuai dengan sistem pemerintahan Sparta yang bercorak ketenteraan. Dalam usaha melahirkan warganegara yang diingini, pemerintahan Sparta menitikberatkan ketahanan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata supaya dapat menyediakan satu pasukan tentera yang kuat, cekap, dan gagah. Pendidikan di Sparta dibentuk berdasarkan aspirasi negara kota bagi melahirkan individu yang kuat  dari segi fizikal dan mental, patuh kepada undang-undang, cinta kepada negara, dan sanggup mempertahankan negara daripada serangan musuh.





I reached Rome @ 05:39


Ekonomi

Bentuk muka bumi tamadun Yunani bergunung-ganang dan berpulau-pulau. Hanya sebahagian kecil sahaja  kawasan pertanian dapat diusahakan dengan tanaman anggur, jagung, zaitun, gandum, dan menternak biri-biri dan kambing. Keadaan muka bumi Yunani kurang sesuai untuk aktiviti pertanian telah menggalakkan aktiviti perdagangan dan perindustrian. Athens muncul sebagai pusat pengumpulan barang-barang dari Timur dan mengagihkan kepada pedagang yang berkunjung ke Athens. Perkembangan bidang perdagangan maritim ini juga berkait rapat dengan jajahan-jajahan takluk Yunani yang luas merangkumi sekitar Laut Hitam, Mesir, Syria, dan Phonesia. Athens mengimport gandum, buah-buahan, tekstil, dan daging dari negeri-negeri berhampiran dengan Laut Hitam bagi memenuhi keperluan penduduknya. Manakala barangan eksport Athens adalah perak, batu marmar, lukisan, dan minyak zaitun. Sparta lebih mengutamakan bidang pertanian kerana keadaan tanah lebih subur tetapi tidak menggalakkan aktiviti perdagangan kerana dasar pemerintah Sparta yang lebih mementingkan latihan ketenteraan dan peperangan. Kerajaan Sparta lebih mengutamakan ekonomi pertanian sara diri dan tidak menggalakkan hubungan perdagangan dengan negara luar kerana bimbang ia akan menjejaskan semangat patriotik rakyat.






I reached Rome @ 02:23


Politik 

Perluasan Kuasa

     Proses penaklukan dan perluasan kuasa Yunani bermula pada zaman pemerintahan Raja Philip II dari Makedonia yang berjaya menyatukan Yunani dengan Makedonia. Organisasi ketenteraan semasa pemerintahan Raja Philip II sangat tersusun dan mereka mempunyai pasukan tentera yang dikenali sebagai Phalanx dan pasukan tentera berkuda. Raja Philip II telah berjaya menewaskan tentera bersekutu Yunani dan menawan Epirus, Ilyria, dan Thessaly melalui Liga Thessalin yang diterajuinya. Raja Philip II berjaya menyatukan seluruh Yunani dan beliau bercita-cita untuk menyerang Parsi tetapi meninggal dunia sebelum cita-cita tersebut tercapai. Penyatuan seluruh negara kota Yunani semasa Raja Philip II berlaku selepas peperangan Chaeronea apabila angkatan tentera Raja Philip II berjaya menewaskan tentera bersekutuan Athens dan Thebes.


     Kematian Raja Philip II diganti oleh anaknya Alexander the Great ketika berusia 20 tahun. Alexander the Great meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menakluki Syria, Palestine, Mesir, dan Phoneica. Alexander the Great juga telah membina kota Iskandanriah di Mesir. Alexander the Great merupakan seorang perancang ketenteraan yang cekap dalam mengatur strategi peperangan sehingga menguasai Mesir, Turkistan, Samarkand, dan seluruh kawasan Laut Mediterranean. Beliau juga bertanggungjawab menyebarkan kebudayaan Hellenistik, iaitu campuran kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain ke kawasan yang ditakluki. Perkembangan pengaruh kebudayaan Hellenistik ini telah membawa perubahan yang ketara kerana telah mengakibatkan perkembangan dalam pelbagai bidang seperti sains, falsafah, kesusasteraan, seni, dan lain-lain. Kebudayaan Hellenistik ini turut tersebar dari kota-kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse di Itali, Iskandariah, dan Antioch. Perkembangan ilmu pengetahuan ini dipesatkan lagi dengan usaha-usaha Alexander the Great menjadikan Iskandariah dan Antioch sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan menggantikan Athens di samping menjadi pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik. 

King Philip II


Alexander the Great 

   

I reached Rome @ 02:13


Politik 

Perundangan 

     Perkembangan pesat tamadun Yunani memerlukan satu bentuk undang-undang  yang boleh menjamin kesejahteraan dan kestabilan masyarakat. Dewan perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang yang akan dilaksanakan di seluruh negara kota dalam tamadun Yunani. Kepentingan undang-undang diserankan oleh seorang ahli falsafah terkenal, iaitu Plato dalam bukunya Republic yang menegaskan bahawa pembentukan negara yang ideal hendaklah diperintaj oleh ahli falsafah kerana mereka merupakan golongan yang berilmu, cekap, dan menegakkan kebenaran serta mengetepikan kepentingan diri sendiri.


    Undang-undang Yunani menekankan kepada kebebasan bersuara yang dibentuk untuk mentadbir negara kota seperti Dewan Perhimpunan, Majlis, Majistret dan Juri. Undang-undang yang dilaksanakan terutama di Athens lebih menekankan kepada keputusan yang dibuat oleh suara ramai daripada pelbagai lapisan masyarakat. Kepentingan undang-undang di Yunani dimanifestasiakan melalui corak pemerintahan berbentuk demokrasi bagi menwujudkan kerajaan yang aman dan stabil.






I reached Rome @ 02:13


Politik 

Pemerintahan dan Pentadbiran 

Pusat Politik 

     Peningkatan dalam aspek-aspek pemerintah dan pentadbiran dibuat melalui idea-idea baru yang diperkenalkan dalam system pemerintahan supaya pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Setiap negara kota mengamalkan corak pemerintahan yang berlainan dan sentiasa berubah mengikut keperluan dan kehendak masyarakat dalam negara kota tersebut. Kepelbagaian corak pemerintahan dalam negara kota tersebut. 


     Corak pemerintahan di Athens pada mulanya diperintah oleh raja (Monarki) dan dibantu oleh sebuah badan yang dikenali sebagai konsul. Konsul terdiri daripada golongan kaya yang berperanan sebagai penasihat raja. Pengaruh konsul semakin kuat menyebabkan peranan raja semakin merosot dan kuasa raja amat terhad. Raja tidak lagi berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama kerana tugas tersebut diambil alih oleh konsul. Kekuasaan dan pengaruh konsul menyebabkan jawatan raja dilantik dan tidak lagi diwarisi seperti sebelumnya. Raja pada hakikatnya tidak lagi berkuasa kerana pemerintahan telah diambil alih oleh beberapa orang konsul yang berpengaruh. 


     Sistem pemerintahan yang dipegang oleh beberapa orang konsul ini dikenali sebagai oligarki. Hampr kesemua negara kota di Yunani memperlihatkan kesemua negara kota di Yunani memperlihatkan kejatuhan kuasa raja, kecuali di Sparta. Pengaruh golongan oligarki yang mentadbir negara kota menyebabkan mereka semakin berpengaruh dan dapat menambah kekayaan hasil kemajuan dalam bidang perdagangan dan hubungan dengan Eropah. Kemakmuran dan kemewahan yang dinikmati oleh golongan oligarki menyebabkan lahirnya golongan aristocrat yang berpengaruh dan kaut. Mereka telah mendominasi pemerintahan di Athens kerana kekayaan yang mereka miliki. Pemerintahan oleh golongan aristocrat dinamakan aristokrasi (golongan bangsawan yang kaya).


     Pemerintahan aristokrasi telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan mereka mula menuntut hak dan berlakunya pemerintahan berbentuk tirani oleh dictator. Tirani merupakan satu bentuk pemerintahan yang zalim dan menggunakan kuasa yang dimiliki dengan sewenang-wenangnya. Diktator merupakan satu corak pemerintahan kuku besi dan mempunyai kuasa mutlak. Bentuk pemerintahan dictator yang terdiri daripada golongan kaya atau tentera yang bersimpati terdapat golongan petani dan rakyat miskin tidak disenangi oleh golongan aristocrat. Penentangan golongan aristokrat terdapat pemerintahan dictator telah menyebabkan munculnya system demokrasi di Athens. Sistem pemerintahan demokrasi di Athens mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Pericles (495 S.M. - 429 S.M. ). Demokrasi bermaksud rakyat mempunyai suara dan kuasa dalam menentukan kerajaan yang memerintah. 


Dalam system demokrasi Athens terdapat tiga badan yang penting, iaitu:


Dewan Perhimpunan 

Diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens. Setiap warganegara lelaki dewasa memegang jawatan dalam dewan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan. Setiap ahli dewan boleh mengemukakan pandangan dan cadangan tentang dasar kerajaan. Berperanan melantik ahli Majlis, menggubal undang-undang, dan dasar negara kota. Membahas dan membuat keputusan untuk berperang, membuat perjanjian damai, membincangkan hal-ehwal kewangan, percukaian, dan menyambut perwakilan asing. Golongan hamba tidak dibenarkan menganggotai Dewan Perhimpunan kecuali pada zaman pemerintahan Solon (638 S.M. - 558 S.M.)


Dewan

Dianggotai oleh 500 ahli yang dipilih melalui pengundian bagi mewakili setiap suku dalam negara kota. Majlis diwakili oleh penduduk yang berlainan setiap tahun dan tidak wujud kerjasama dalam anggota Majlis. Kuasa Majlis tidak dapat mendatasi Dewan Perhimpunan kerana wujud pertelingkahan sesama anggota Majlis dan menjadi faktor kepada kelahiran golongan tirani.


Majistret dan Juri 

Majistret melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis seperti pegawai kerajaan. Peranan Majistret sama seperti peranan yang dimainkan oleh Perkhidmatan Awam. Anggota Majistret terdiri daripada penduduk, pengutip cukai, askar, dan sebagainya. Pentadbiran negara dibahagikan kepada sepuluh orang pegawai yang berfungsi menjaga keselamatan negara kota. Semua pegawai akan menjalani satu proses penyiasatan setelah tamat tempoh perkhidmatan di hadapan juri.


Juri akan putuskan sama ada pegawai tersebut bersalah atau tidak. Jika bersalah, pegawai tersebut akan dipenjara atau dibuang negara. Juri akan mengendalikan sesuatu kes jenayah dan menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau sebaliknya. Bilangan juri bergantung kepada tahap ringan atau beratnya sesuatu kes. Jika kesalahan tersebut berat dan serius, bilangan juri akan bertambah. Dalam sesuatu perbicaraan, hakim tidak ada. Keputisan juri adalah maktamad dan pesalah boleh merayu untuk meringankan hukuman yang dikenalan.


     Sparta sebuah negara kota dalam tamadun Yunani pula mengamalkan sistem ketenteraan yang mana warganegara lelaki Sparta sejak kecil diberi latihan ketenteraan. Latihan fizikal dititikberatkan supaya dapat melahirkan warganegara yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental agar menjadi tentera yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi. Kanak-kanak lelaki dipisahkan daripada keluarga sejak berumur 7 tahun. Mereka ditempatkan di kem-kem tentera untuk menjalani latihan fizikal yang tahan lasak bagi persiapan untuk menghadapi peperangan. Mereka diajar tentang selok-belok peperangan seperti menunggang kuda, memanah dan sebagainya.



I reached Rome @ 02:04

Saturday 7 April 2012


Latar Belakang

     Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh laut Aegean dan Laut Mediterranean. Tamadun Yunani dibentuk daripada beberapa buah negara kota atau dikenali sebagai polis. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ialah Athens, Sparta, Corinth, Olympia, Thebes, dan sebagainya.

    

    Kemunculan negara kota di Yunani merupakan satu proses yang penting dalam perkembangan politik di Yunani. Tiap-tiap negara kota merupakan unit bebas daripada negara kota lain, mempunyai kedaulatan dan sistem pemerintahan yang tersendiri, serta mempunyai undang-undang yang tersendiri. Setiap negara kota mempunyai jumlah pernduduk yang berbeza. Contohnya, Athens mempunyai penduduk seramai 40 000 orang, manakala negara kota Aegina hanya mempunyai penduduk seramai 3 000 orang.


      Tiap-tiap negara kota dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama, iaitu:

         (a)    Acropolis

               Pusat pentadbiran atau ibu kota yang mempunyai tembok-tembok pertahanan. Di dalam  

               acropolis, terdapat  rumah ibadat, bangunan kerajaan, dan kuil panthenon untuk memuja Dewi  

               Athena.

         (b)    Agora

               Merupakan pusat kegiatan ekonomi yang terdapat pasar, rumah kediaman, serta tempat  

               pertemuan rakyat untuk berbincang atau bermesyuarat.

         (c)   Kawasan luar kota (pertanian)

               Terdapat di luar negara kota dan membekalkan makanan kepada penduduk di negara kota.


          Setiap warganegara dalam negara kota akan menumpahkan taat setia kepada negara kota dan sanggup mempertahankan negara kota daripada serangan musuh. Negara kota dalam tamadun Yunani sering berperang antara satu sama lain seperti Athens berperang dengan Sparta dan Corinth. Walau bagaimanapun, negara kota dalam Yunani akan bersatu sekiranya diserang oleh musuh dari luar seperti serangan orang Parsi ke atas Yunani.Serangan orang Parsi menyebabkan negara kota bersatu menubuhkan Tabung Delos untuk membiayai peperangan menentang Parsi.



Athens
   

Acropolis

Agora

I reached Rome @ 23:08

Sunday 1 April 2012

KETENTERAAN TAMADUN YUNANI


1. Penggunaan Kereta Kuda

Kaedah peperangan pada zaman awal Yunani ialah penggunaan kereta kuda. Penunggang akan melemparkan lembing ke arah lawan dan andai kata lembing yang dilontar ke arah musuh tidak kena pada sasarannya, pahlawan akan turun dari kereta kuda meneruskan peperangannya dengan berjalan kaki dan memegang lembing.


 

Penggunaan Phalanx

Selepas tahun 700 SM, tentera Yunani telah memperkenalkan formasi phalanx. Tanjung kekuatan tentera Yunani adalah pasukan hoplite tentera berjalan kaki berlembing, bertopi dan berbaju besi) yang disusun dalam formasi phalanx. Melalui formasi phalanx ini, tentera hoplite dengan lembing sepanjang hampir 3 meter akan berbaris rapat-rapat dalam satu barisan sehinggan lembing-lembing panjang mereka membentuk seperti duri landak. Biasanya mereka menggunakan lapan hingga sepuluh lapis barisan phalanx. Pihak musuh akan berfikir dahulu sebelum merempuh phalanx yang dilindungi oleh lembing-lembing tajam itu.


2. Tentera Elit dan Bawahan

Tentera Yunani yang bergabung dalam formasi phalanx adalah tentera-tentera elit yang terlatih dan berdisplin tinggi serta dilengkapi pakaian perang yang lengkap. Terdapat juga kumpulan lain yang berpakaian mudah, tidak dilengkapkan dengan senjata yang baik. Mereka ini dipanggil psiloi (golongan miskin).


3. Taktik Berperang

Selari dengan pembentukan phalanx, strategi peperangan orang Yunani adalah bertempur secara bersemuka/berdepan. Pasukan phalanx akan merempuh bahagian tengah musuh manakala pasukan sayap akan melakukan pemusuhan yang seterusnya apabila barisan musuh telah menjadi kucar-kacir. Dalam lain perkataan, sekiranya bahagian phalanx gagal, maka lemahlah seluruh pasukan tentera.


Latihan Tentera Sparta

Sistem politik dan kemasyarakatan Sparta adalah lebih berorientasikan ketenteraan. Golongan peer diwajibkan mengikuti latihan ketenteraan kerana mereka sering menghadapi pemberontakan dari golongan helot. Hanya bayi golongan peer yang sihat sahaja dibenarkan hidup. Ibunya memelihara anaknya selama 7 tahun dan selepas itu kerajaan mengambilnya untuk diberi latihan ketenteraan. Setiap lelaki harus berkorban untuk negaranya. Anak perempuan diberi latihan gimnastik dan ditanamkan dengan fahaman bahawa mereka mesti berkhidmat untuk negara dengan menjadi isteri yang setia.


4. Organisasi Tentera Graeco-Roman

Raja Philip II dari Makedonia telah mengubah suai struktur tentera phalanx. Jumlah anggota tentera dalam barisan phalanx telah ditambah menjadi 16 orang manakala panjang lembing ditambah menjadi 4 meter. Peralatan tentera Yunani yang ringan diubah menjadi berat. Ketahanan tambahan dititikberatkan pada baju besi yang dipakai oleh askarnya. Latihan-latihan khusus telah disediakan supaya tentera Makedonia mampu memikul beban tambahan tanpa menjejaskan kecekapan gerakan.


I reached Rome @ 23:08

Tuesday 20 March 2012


Tamadun Yunani merupakan antara tamadun awal yang muncul sebagai kuasa besar ribuan tahun yang lalu. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ini ialah Athens, Sparta,Thebes, Corinth, Olympia dan Argos. Athens merupakan salah sebuah negara kota dalam tamadun Yunani yang paling terkenal. Sehingga pertengahan abad ke-8 SM, Athens seperti negara kota lain di Yunani menjalankan pemerintahan secara monarki (beraja).


Greek Temple


Kuil Artemis- salah satu seni bina dalam tamadun Yunani

orang Yunani

I reached Rome @ 05:02

Monday 19 March 2012

ORANG YUNANI


Orang Greek atau OrangYunani atau Orang Hellenic adlah bangsa dan kumpulan etnik, yang tinggal terutamanya di Balkan di selatan dan menetap di kawasan kini yang dikenali Greece dari awal alaf kedua SM, dan Cyprus di tengah-tengah yang milenium. Orang Greek umumnya menubuhkan koloni di seluruh Mediterranean dan selepas kempen Alexander bandar-bandar besar dan tanah jajahan mereka mencecah sehingga ke India hari ini. Hingga awal abad ke-20, Orang Greek adalah unifomnya dibekalkan antara semenanjung Greek, pesisiran barat Asia Kecil, Pontus dan Constantinople, kawasan dimana berbetulan kepada perkembangan amat besar dengan sempadan dari Empayar Byzantine dari lewat abad ke-11 dan kawasan dari kolonisasi Greek di dunia purba. Pada kesan dari Perang Greco-Turki (1919-1922) pada 1923, sebuah skala besar pertukaran populasi antara Greece dan Turki memindahkan serta membataskan etnik Greek hampir keseluruhan ke dalam sempadan dari negeri Greek moden, yakni, di kawasan dimana kumpulan penutur Greek Indo-Eropah pertama mendirikan mereka sendiri sekitar 1500 SM. Etnik Greek lain boleh dijumpai dari Itali Selatan kepada Kaukasus dan lomuniti diaspora Greek dalam bilangan dari negare lain. Kini, majoriti Greek adalah nimonalnya penganut Ortodoksi Greek.

I reached Rome @ 06:24