<body> Rome, Anybody? <body>
Sunday, 8 April 2012

Ekonomi

Bentuk muka bumi tamadun Yunani bergunung-ganang dan berpulau-pulau. Hanya sebahagian kecil sahaja  kawasan pertanian dapat diusahakan dengan tanaman anggur, jagung, zaitun, gandum, dan menternak biri-biri dan kambing. Keadaan muka bumi Yunani kurang sesuai untuk aktiviti pertanian telah menggalakkan aktiviti perdagangan dan perindustrian. Athens muncul sebagai pusat pengumpulan barang-barang dari Timur dan mengagihkan kepada pedagang yang berkunjung ke Athens. Perkembangan bidang perdagangan maritim ini juga berkait rapat dengan jajahan-jajahan takluk Yunani yang luas merangkumi sekitar Laut Hitam, Mesir, Syria, dan Phonesia. Athens mengimport gandum, buah-buahan, tekstil, dan daging dari negeri-negeri berhampiran dengan Laut Hitam bagi memenuhi keperluan penduduknya. Manakala barangan eksport Athens adalah perak, batu marmar, lukisan, dan minyak zaitun. Sparta lebih mengutamakan bidang pertanian kerana keadaan tanah lebih subur tetapi tidak menggalakkan aktiviti perdagangan kerana dasar pemerintah Sparta yang lebih mementingkan latihan ketenteraan dan peperangan. Kerajaan Sparta lebih mengutamakan ekonomi pertanian sara diri dan tidak menggalakkan hubungan perdagangan dengan negara luar kerana bimbang ia akan menjejaskan semangat patriotik rakyat.






I reached Rome @ 02:23