<body> Rome, Anybody? <body>
Saturday, 7 April 2012


Latar Belakang

     Tamadun Yunani berkembang di Semenanjung Greece dan pulau di sekitarnya yang dikelilingi oleh laut Aegean dan Laut Mediterranean. Tamadun Yunani dibentuk daripada beberapa buah negara kota atau dikenali sebagai polis. Antara negara kota yang terdapat dalam tamadun Yunani ialah Athens, Sparta, Corinth, Olympia, Thebes, dan sebagainya.

    

    Kemunculan negara kota di Yunani merupakan satu proses yang penting dalam perkembangan politik di Yunani. Tiap-tiap negara kota merupakan unit bebas daripada negara kota lain, mempunyai kedaulatan dan sistem pemerintahan yang tersendiri, serta mempunyai undang-undang yang tersendiri. Setiap negara kota mempunyai jumlah pernduduk yang berbeza. Contohnya, Athens mempunyai penduduk seramai 40 000 orang, manakala negara kota Aegina hanya mempunyai penduduk seramai 3 000 orang.


      Tiap-tiap negara kota dapat dibahagikan kepada tiga bahagian yang utama, iaitu:

         (a)    Acropolis

               Pusat pentadbiran atau ibu kota yang mempunyai tembok-tembok pertahanan. Di dalam  

               acropolis, terdapat  rumah ibadat, bangunan kerajaan, dan kuil panthenon untuk memuja Dewi  

               Athena.

         (b)    Agora

               Merupakan pusat kegiatan ekonomi yang terdapat pasar, rumah kediaman, serta tempat  

               pertemuan rakyat untuk berbincang atau bermesyuarat.

         (c)   Kawasan luar kota (pertanian)

               Terdapat di luar negara kota dan membekalkan makanan kepada penduduk di negara kota.


          Setiap warganegara dalam negara kota akan menumpahkan taat setia kepada negara kota dan sanggup mempertahankan negara kota daripada serangan musuh. Negara kota dalam tamadun Yunani sering berperang antara satu sama lain seperti Athens berperang dengan Sparta dan Corinth. Walau bagaimanapun, negara kota dalam Yunani akan bersatu sekiranya diserang oleh musuh dari luar seperti serangan orang Parsi ke atas Yunani.Serangan orang Parsi menyebabkan negara kota bersatu menubuhkan Tabung Delos untuk membiayai peperangan menentang Parsi.



Athens
   

Acropolis

Agora

I reached Rome @ 23:08