<body> Rome, Anybody? <body>
Sunday, 8 April 2012

Politik 

Pemerintahan dan Pentadbiran 

Pusat Politik 

     Peningkatan dalam aspek-aspek pemerintah dan pentadbiran dibuat melalui idea-idea baru yang diperkenalkan dalam system pemerintahan supaya pentadbiran negara dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Setiap negara kota mengamalkan corak pemerintahan yang berlainan dan sentiasa berubah mengikut keperluan dan kehendak masyarakat dalam negara kota tersebut. Kepelbagaian corak pemerintahan dalam negara kota tersebut. 


     Corak pemerintahan di Athens pada mulanya diperintah oleh raja (Monarki) dan dibantu oleh sebuah badan yang dikenali sebagai konsul. Konsul terdiri daripada golongan kaya yang berperanan sebagai penasihat raja. Pengaruh konsul semakin kuat menyebabkan peranan raja semakin merosot dan kuasa raja amat terhad. Raja tidak lagi berperanan sebagai ketua hakim, ketua tentera, dan ketua agama kerana tugas tersebut diambil alih oleh konsul. Kekuasaan dan pengaruh konsul menyebabkan jawatan raja dilantik dan tidak lagi diwarisi seperti sebelumnya. Raja pada hakikatnya tidak lagi berkuasa kerana pemerintahan telah diambil alih oleh beberapa orang konsul yang berpengaruh. 


     Sistem pemerintahan yang dipegang oleh beberapa orang konsul ini dikenali sebagai oligarki. Hampr kesemua negara kota di Yunani memperlihatkan kesemua negara kota di Yunani memperlihatkan kejatuhan kuasa raja, kecuali di Sparta. Pengaruh golongan oligarki yang mentadbir negara kota menyebabkan mereka semakin berpengaruh dan dapat menambah kekayaan hasil kemajuan dalam bidang perdagangan dan hubungan dengan Eropah. Kemakmuran dan kemewahan yang dinikmati oleh golongan oligarki menyebabkan lahirnya golongan aristocrat yang berpengaruh dan kaut. Mereka telah mendominasi pemerintahan di Athens kerana kekayaan yang mereka miliki. Pemerintahan oleh golongan aristocrat dinamakan aristokrasi (golongan bangsawan yang kaya).


     Pemerintahan aristokrasi telah menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat dan mereka mula menuntut hak dan berlakunya pemerintahan berbentuk tirani oleh dictator. Tirani merupakan satu bentuk pemerintahan yang zalim dan menggunakan kuasa yang dimiliki dengan sewenang-wenangnya. Diktator merupakan satu corak pemerintahan kuku besi dan mempunyai kuasa mutlak. Bentuk pemerintahan dictator yang terdiri daripada golongan kaya atau tentera yang bersimpati terdapat golongan petani dan rakyat miskin tidak disenangi oleh golongan aristocrat. Penentangan golongan aristokrat terdapat pemerintahan dictator telah menyebabkan munculnya system demokrasi di Athens. Sistem pemerintahan demokrasi di Athens mencapai tahap kegemilangan pada masa pemerintahan Pericles (495 S.M. - 429 S.M. ). Demokrasi bermaksud rakyat mempunyai suara dan kuasa dalam menentukan kerajaan yang memerintah. 


Dalam system demokrasi Athens terdapat tiga badan yang penting, iaitu:


Dewan Perhimpunan 

Diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens. Setiap warganegara lelaki dewasa memegang jawatan dalam dewan selama 6 bulan hingga 1 tahun. Dewan bersidang sebanyak 3 kali dalam sebulan. Setiap ahli dewan boleh mengemukakan pandangan dan cadangan tentang dasar kerajaan. Berperanan melantik ahli Majlis, menggubal undang-undang, dan dasar negara kota. Membahas dan membuat keputusan untuk berperang, membuat perjanjian damai, membincangkan hal-ehwal kewangan, percukaian, dan menyambut perwakilan asing. Golongan hamba tidak dibenarkan menganggotai Dewan Perhimpunan kecuali pada zaman pemerintahan Solon (638 S.M. - 558 S.M.)


Dewan

Dianggotai oleh 500 ahli yang dipilih melalui pengundian bagi mewakili setiap suku dalam negara kota. Majlis diwakili oleh penduduk yang berlainan setiap tahun dan tidak wujud kerjasama dalam anggota Majlis. Kuasa Majlis tidak dapat mendatasi Dewan Perhimpunan kerana wujud pertelingkahan sesama anggota Majlis dan menjadi faktor kepada kelahiran golongan tirani.


Majistret dan Juri 

Majistret melaksanakan dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Majlis seperti pegawai kerajaan. Peranan Majistret sama seperti peranan yang dimainkan oleh Perkhidmatan Awam. Anggota Majistret terdiri daripada penduduk, pengutip cukai, askar, dan sebagainya. Pentadbiran negara dibahagikan kepada sepuluh orang pegawai yang berfungsi menjaga keselamatan negara kota. Semua pegawai akan menjalani satu proses penyiasatan setelah tamat tempoh perkhidmatan di hadapan juri.


Juri akan putuskan sama ada pegawai tersebut bersalah atau tidak. Jika bersalah, pegawai tersebut akan dipenjara atau dibuang negara. Juri akan mengendalikan sesuatu kes jenayah dan menentukan sama ada seseorang itu bersalah atau sebaliknya. Bilangan juri bergantung kepada tahap ringan atau beratnya sesuatu kes. Jika kesalahan tersebut berat dan serius, bilangan juri akan bertambah. Dalam sesuatu perbicaraan, hakim tidak ada. Keputisan juri adalah maktamad dan pesalah boleh merayu untuk meringankan hukuman yang dikenalan.


     Sparta sebuah negara kota dalam tamadun Yunani pula mengamalkan sistem ketenteraan yang mana warganegara lelaki Sparta sejak kecil diberi latihan ketenteraan. Latihan fizikal dititikberatkan supaya dapat melahirkan warganegara yang mempunyai ketahanan fizikal dan mental agar menjadi tentera yang mempunyai semangat patriotic yang tinggi. Kanak-kanak lelaki dipisahkan daripada keluarga sejak berumur 7 tahun. Mereka ditempatkan di kem-kem tentera untuk menjalani latihan fizikal yang tahan lasak bagi persiapan untuk menghadapi peperangan. Mereka diajar tentang selok-belok peperangan seperti menunggang kuda, memanah dan sebagainya.



I reached Rome @ 02:04