<body> Rome, Anybody? <body>
Sunday, 8 April 2012

Politik 

Perluasan Kuasa

     Proses penaklukan dan perluasan kuasa Yunani bermula pada zaman pemerintahan Raja Philip II dari Makedonia yang berjaya menyatukan Yunani dengan Makedonia. Organisasi ketenteraan semasa pemerintahan Raja Philip II sangat tersusun dan mereka mempunyai pasukan tentera yang dikenali sebagai Phalanx dan pasukan tentera berkuda. Raja Philip II telah berjaya menewaskan tentera bersekutu Yunani dan menawan Epirus, Ilyria, dan Thessaly melalui Liga Thessalin yang diterajuinya. Raja Philip II berjaya menyatukan seluruh Yunani dan beliau bercita-cita untuk menyerang Parsi tetapi meninggal dunia sebelum cita-cita tersebut tercapai. Penyatuan seluruh negara kota Yunani semasa Raja Philip II berlaku selepas peperangan Chaeronea apabila angkatan tentera Raja Philip II berjaya menewaskan tentera bersekutuan Athens dan Thebes.


     Kematian Raja Philip II diganti oleh anaknya Alexander the Great ketika berusia 20 tahun. Alexander the Great meneruskan dasar perluasan kuasa dengan menakluki Syria, Palestine, Mesir, dan Phoneica. Alexander the Great juga telah membina kota Iskandanriah di Mesir. Alexander the Great merupakan seorang perancang ketenteraan yang cekap dalam mengatur strategi peperangan sehingga menguasai Mesir, Turkistan, Samarkand, dan seluruh kawasan Laut Mediterranean. Beliau juga bertanggungjawab menyebarkan kebudayaan Hellenistik, iaitu campuran kebudayaan Yunani, Parsi, dan kebudayaan timur yang lain ke kawasan yang ditakluki. Perkembangan pengaruh kebudayaan Hellenistik ini telah membawa perubahan yang ketara kerana telah mengakibatkan perkembangan dalam pelbagai bidang seperti sains, falsafah, kesusasteraan, seni, dan lain-lain. Kebudayaan Hellenistik ini turut tersebar dari kota-kota utama dalam empayar Yunani seperti Syracuse di Itali, Iskandariah, dan Antioch. Perkembangan ilmu pengetahuan ini dipesatkan lagi dengan usaha-usaha Alexander the Great menjadikan Iskandariah dan Antioch sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan menggantikan Athens di samping menjadi pusat penyebaran kebudayaan Hellenistik. 

King Philip II


Alexander the Great 

   

I reached Rome @ 02:13